Jawab Soalan Sains UPSR Kertas 1 Secara Online
Mengikuti perkembangan semasa dan kecanggihan teknologi serta peluang yang ada dengan ini saya berkongsi bahan yang diharap dapat membantu anda semua dari segi meningkatkan kecemerlangan Sains UPSR.Bahan ini bukan sekadar untuk murid-murid,malah untuk guru-guru serta ibu bapa boleh menggunakan bahan ini sebagai bahan latih tubi yang cepat,mudah serta menyeronokkan kepada murid-murid dan anak-anak kerana ianya sangat interaktif.
Makluman
Jawab secara online Sains UPSR Kertas 1 ini saya hasilkan sebagai salah satu usaha untuk meningkatkan kecemerlangan Sains UPSR.Set-set soalan yang digunakan dalam Jawab secara online ini saya dapati daripada pelbagai sumber yang berada di internet dimana ia juga merupakan hasil perkongsian rakan-rakan guru yang lain.
Kaedah
Bagaimana hendak menggunakannya?
Mudah sahaja,hanya perlu berikan alamat link url web blog ini iaitu http://cikguazhararis.blogspot.com kepada murid,kemudian murid boleh terus pilih set soalan yang dikehendaki dan menjawab soalan yang dipilih samada menggunakan telefon pintar (smartphone) atau komputer.Apa yang menyeronokkan?Setelah selesai set soalan yang dijawab,murid akan terus mendapat keputusan.Seronok kan?
Kredit
Terima kasih yang tidak terhingga kepada Cikgu Hailmi kerana perkongsian ilmunya melalui http://www.cikguhailmi.com tercetus idea ini.Tidak lupa juga kepada guru-guru yang berkongsi soalan.
Harapan?
Set-set Soalan yang digunakan adalah dari sumber koleksi soalan-soalan yang dikongsi oleh guru-guru yang diperoleh di internet secara percuma.Saya mengambil inisiatif untuk menjadikannya lebih interaktif.Harapan saya semoga usaha ini dapat dimanfaatkan oleh semua dan saya ucapkan jutaan terima kasih.
Link Jom Online Cemerlang Sains UPSR Kertas 1 dan kata laluan
(nota:set soalan akan ditambah dari masa ke semasa,dan sekiranya terdapat ralat pada jawapan dan soalan atau pertanyaan boleh emailkan ke azharsks3@gmail.com)
Jom LIKE Page Cikgu Azhar https://www.facebook.com/groups/cikguazhararis/
1. Set 01 : http://setsainsupsr1 (kata laluan :5215)
2. Set 02 :http://setsainsupsr2 (kata laluan :5225)
3. Set 03 :http://setsainsupsr3 (kata laluan :5215)
4. Set 04 :http://setsainsupsr4 (kata laluan :5215)
5. Set 05 :http://setsainsupsr5 (kata laluan :5215)
BAHARU
6.Set 06 :http://setsainsupsr6 (set soalan format contoh UPSR)
Klik Pautan Untuk Muat turun
1.Senarai Topik Sains Tahun 1 hingga 6
2.Teka silang kata Istilah Sains Tahun 4
3.Teka silang kata Istilah Sains Tahun 5
4.Teka silang kata Istilah Sains Tahun 6